Karier antarabangsa Tomasz Kuszczak

Ketika ini, Kuszczak sudah membuat dua penampilan antarabangsa, dengan penampilan sulungnya pada 11 Disember 2003 menentang Malta yang dimenangi Poland 4-0.

Prestasi cemerlangnya ketika bermain dengan West Bromwich Albion menyebabkan beliau dipanggil menyertai skuad Poland untuk Piala Dunia 2006, walaupun West Bromwich ketika itu sudah tersingkir ke Divisyen 1. Bagaimanapun, dalam perlawanan pemanas badan Piala Dunia antara Poland dan Colombia pada 30 Mei 2006, beliau mengalami insiden memalukan apabila dibolosi daripada sepakan jauh penjaga gol lawan, Neco Martínez. Beliau seterusnya menjadi penjaga gol kedua Poland di belakang Artur Boruc ketika kejohanan dan tidak bermain.

Pada Mei 2008 beliau dinamakan dalam skuad Poland untuk Euro 2008, namun kecederaan belakang memaksa beliau menarik diri daripada kejohanan. Tempat beliau digantikan oleh Wojciech Kowalewski.